Friday 8 July 2011

Terima kasih.......

Petang tu hari Jumaat,aku pulang dari sebuah estate kat jalan Bakong seorang diri selepas lawatan biasa aku sebagai seorang Pengurus Ladang. Jam di tangan menunjukan jam 7:30 petang dan suasana jalan sepi. Terasa penat seluruh badan. Ditemani asap rokok ku hembus dengan penuh semangat seorang lelaki sejati. Jalan yang rosak dan berdebu melambatkan lagi perjalanan ku. Tak jauh di hadapan,seorang nenek entah ibuk mana sedang berjalan memikul barang di bahu jalan dan kemudiannya berdiri memerhatikan ku. Tak terlintas pun aku memberhentikan kereta dan mempelawanya kerana tak jauh lagi ada kawasan perumahan rumah panjang.Mungkin nenek ini menetap di sana kata hatiku. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan suasana gelap tiba. Dengan kereta Vigo,Commanrail aku memandu pantas.Aku bagaikan tak peduli org yang aku tumpangi tambahan lagi nenek itu tak berkata apa-apapun dan di sebalik cermin pandang belakang agak kabur kerana tak jelas melihat wajahnya.
Tiba-tiba,bulu rongga ku berdiri. Hai,sejuk sangat ke aircond kereta ini?Namun,hatiku tiba-tiba teringat akan cerita seram di jalan sepi ini. Namun aku tak memperdulikannya. Tak terduga bau busuk menyelubungi ruang kereta. Aku bagaikan hilang akal dan berdoa minta-minta jgn ada benda yang tak baik berlaku. Aku terus memecut laju..Tak lama kemudian,nenek td meminta berhenti di satu simpang kecil dan terlihat sebuah rumah kecil di dalam nya. Dengan takut dan cemas,aku berhenti tanpa kata. Dan nenek itu pun turun dari keretaku membawa brg dan bersemuka denganku sambil berkata;
" Terima kasih anak laban numpang inik td. Minta ampun uchuk lbn inik KENTUT dlm kereta tadi,nyau ngesuh bau kentut."
Cissss...tidakkkkkk!!!!!!! Seram sungguh bau itu!

No comments:

Post a Comment