Saturday 9 July 2011

Jangan bercakap disini....

Ada la seorang pak cik ni bertugas di sebuah hospital negeri. Beliau dah lama bertugas di hospital dan kebetulan pada malam itu,beliau di tempatkan di kaunter kecemasan..seperti biasa malam itu dia bekerja hingga ke awal pagi. Jam di tangan menunjukan jam 1:25 pagi..Tiba-tiba satu pangilan kecemasan ke kaunter tempat dia bertugas.
troottt...troottttt
" Hello cik,selamat pagi. Saya nak buat satu panggilan kecemasan. Kereta yang saya naiki terlibat dalam satu kemalangan di..." tuutt..tuuuttt..panggilan terputus.
" Hai,sapa la yang buat panggilan kecemasan ni?" keluh beliau. tiba-tiba telefon berdering sekali lagi menandakan panggilan kecemasan semula.." Ni pasti panggilan kecemasan dari orang yang sama tadi ni" kata hatinya..
" Hello encik,unit kecemasan ke?"
" Ya,unit kecemasan Jangan bercakap di sini. Boleh saya bantu?" namun si pemanggil enggan bercakap.
"Hello ya,jangan bercakap di sini. Teruskan panggilan encik." Namun si pemanggil enggan juga bercakap walaupun dalam keadaan cemas dan meminta bantuan..Pak cik tadi berasa hairan kenapa si pemanggil tidak mahu berkata-kata..namun,pak cik tadi tetap berkeras ingin mengetahui keadaan sebenar..
"Teruskan panggilan,jangan bercakap di sini". Namun tiada juga jawapan.
Pak cik tadi yang mulanya hairan bertukar geram kerana dia menggangap itu adalah panggilan palsu.. sekali lagi dia bertanya
" Hello,jangan bercakap di sini. Saya harap kalau encik tidak mahu bercakap saya tidak akan membantu"
Selepas itu,barulah si pemanggil bersuara dan berkata " Encik,macam mana saya mahu bercakap? Encik sendiri yang tidak membenarkan saya bercakap. Sebab itulah saya tidak mahu bercakap."
kemudian,si pak cik pun menjawab dengan geram
" Encik,nama saya Jangan ak Kuing. Tadi saya hanya memperkenalkan diri saya semasa encik membuat panggilan ye"
Selepas itu barulah si pemanggil sedar....

No comments:

Post a Comment